"Pencerobohan terhadap data peribadi paling serius" dalam sejarah Singapura berlaku bulan lepas, yang melibatkan data milik Perdana Menteri Lee Hsien Loong, kata Kementerian Kesihatan dan Kementerian Komunikasi dan Penerangan.
Dalam kenyataan mereka, kedua-dua kementerian itu berkata penyerang menyasarkan "secara khusus dan berulang kali" butiran serta maklumat peribadi Lee berkaitan ubat-ubatan yang diberi kepada beliau sebagai pesakit luar.
Mereka dilaporkan berkata 1.5 juta rekod pesakit SingHealth diakses dan disalin, manakala rekod ubat-ubatan yang diberi kepada 160,000 pesakit luar lain juga mengalami perkara sama.
Data peribadi yang diambil daripada 1.5 juta pesakit berkenaan termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat, jantina, bangsa dan tarikh lahir mereka, kata kenyataan itu.
Kenyataan berkenaan menjelaskan bahawa penggodam bagaimanapun tidak meminda atau memadam rekod berkenaan.
Menurut kenyataan itu, perbuatan tersebut tidak menjejaskan rekod perubatan pesakit, termasuk keputusan diagnosis lampau, nota doktor dan keputusan saringan kesihatan mereka.
"Saya sendiri terjejas, bukan secara tidak sengaja. Penyerang menyasarkan data perubatan peribadi saya, secara khusus dan berulang kali," kata Lee melalui laman Facebook beliau dalam respons segeranya tentang berita itu.
"Saya tidak tahu apa yang ingin dicari para penyerang itu. Mungkin mereka mencari beberapa rahsia sulit atau sekurang-kurangnya sesuatu yang boleh mengaibkan saya. Kalau itulah tujuannya, mereka tentu kecewa. Data perubatan saya bukanlah suatu yang ingin saya kongsi dengan orang lain, tetapi tiada apa yang membimbangkan tentang perbuatan itu," tulis beliau.
Lee berkata apabila SingHealth mendigitalkan rekod perubatannya, mereka bertanya sama ada beliau ingin memasukkan juga rekod peribadi beliau ke dalam komputer atau beliau mahu menyimpannya dalam bentuk salinan cetak atas sebab keselamatan.
"Saya minta agar ia dijadikan dalam bentuk digital. Penggunaan kaedah digital akan membolehkan doktor merawat saya dengan lebih bekesan dan cepat. Saya yakin SingHealth akan bertindak dengan sebaik mungkin untuk melindungi maklumat peribadi saya sebagai pesakit, sama seperti yang mereka lakukan bagi semua pesakit lain dalam pangkalan data mereka.
"Sememangnya, saya juga tahu pangkalan data itu akan diserang dan terdapat risiko bahawa suatu hari nanti, walaupun kita berusaha dengan sebaik mungkin, ia akan diusik juga. Malangnya, perkara itu sudah berlaku sekarang," katanya.
Lee berkata keselamatan dan kerahsiaan maklumat tentang pesakit merupakan perkara yang paling diberi keutamaan.
Sehubungan itu, beliau mengarahkan Cyber Security Agency of Singapore (CSA) dan Smart Nation and Digital Government Group (SNDGG) supaya bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk mengetatkan lagi langkah perlindungan dan proses berkenaan secara menyeluruh.
"Kami membentuk sebuah Jawatankuasa Siasatan untuk menyiasat kejadian itu dengan teliti dan menyeluruh. Tanpa sebarang keraguan, jawatankuasa itu akan membuat kesimpulan dan syor berharga yang akan membantu kami untuk berfungsi dengan lebih baik," kata Lee.
Kata beliau, "ini merupakan suatu usaha secara berterusan."
"Mereka yang cuba menceroboh sistem data kami itu sememangnya memiliki kemahiran yang amat tinggi serta azam yang cukup kuat. Mereka juga memiliki begitu banyak sumber dan tidak pernah berputus asa untuk mencuba.
"Sistem kerajaan diserang beribu kali sehari. Matlamat kami ialah menghalang agar setiap serangan yang dilakukan, tidak berhasil. Sekiranya kami mendapati berlaku pencerobohan, kami akan segera memulihkannya kembali, menambah baik sistem kami dan memaklumkan kepada mereka yang terjejas oleh perbuatan itu.
"Itulah yang kami lakukan dalam kes ini. Kami tidak boleh kembali menggunakan rekod dalam bentuk kertas dan fail. Kami perlu melangkah ke hadapan untuk membina sebuah negara yang selamat dan pintar," tulis Lee yang diakhiri dengan parap beliau, LHL. -- Bernama
Bernama
Sat Jul 21 2018
Menurut Hsien Loong, penyerang menyasarkan data perubatan peribadinya secara khusus dan berulang kali. - BERNAMA/Fail
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
PADU: Bimbang data digodam
Orang ramai mengakui kurang jelas dan tidak diberikan pendedahan sepenuhnya mengenai keperluan untuk berbuat demikian.
Malaysia mulakan transformasi untuk tingkatkan tadbir urus data - Gobind
Malaysia telah memulakan transformasi untuk menambah baik tadbir urus data melalui penilaian semula Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
Kerisauan terhadap PADU wajar - Khairil Nizam
kerisauan ini wajar kerana PADU mendapat akses data daripada 445 institusi sektor awam seluruh negara.
Rakyat Malaysia boleh guna PADU tanpa was-was - Fahmi
Rakyat Malaysia boleh menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) tanpa ragu-ragu atau risau terhadap tahap keselamatan data peribadi mereka.
'Saya lahir, dibesarkan di sini' - Pempengaruh, Dd Chronicles
Dd Chronicles mengulas berkaitan isu dakwaan fitnah berkaitan kad pengenalan dan data peribadinya yang dimanipulasi pihak tertentu.
Wanita warga asing antara sembilan ditahan terlibat sindiket keldai akaun bank
Amihizam berkata kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 22 hingga 50 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sebuah premis di Lembah Klang, Rabu lepas.
Akta Perlindungan Data Peribadi perlu dipinda, elak data diguna untuk penipuan - Fahmi
Perkara itu penting kerana kebanyakan insiden penipuan berlaku setelah maklumat peribadi mangsa dicuri.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.
Data peribadi milik 14 juta pelanggan perkhidmatan kewangan Australia dicuri
Penyedia perkhidmatan kewangan Australia Latitude pada Isnin mengesahkan bahawa kira-kira 14 juta butiran peribadi telah dicuri dalam insiden penggodaman yang menyasarkan syarikat itu baru-baru ini.
Pengodam bocor maklumat peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter
Penggodam dilaporkan mencuri data peribadi lebih 200 juta pengguna Twitter dan berkongsi butiran ini termasuk alamat e-mel dan nombor telefon.